Letak Keadilan Allah SWT Antara Pria Dan Wanita

Posted on 9 September 2010

2


bluess (6) pilihan.jpg

Lelaki
Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh, manakala dosa gadis ditanggung oleh bapaknya. Lelaki yang sudah menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum mennikah dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN???

Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua. Lain dengan perempuan, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah berikan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga, nyawa
seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah karena bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.

TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

l_7a81ca6d24b326ae9d3f4019d7a6f3af.jpg

WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Kesaksiannya kurang berbanding lelaki. (2 saksi perempuan sama dengan 1 saksi laki2). Menerima warisan kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat karena masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersembunyi dan aman. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sedangkan lelaki menerima warisan perlu menggunakan hartanya untuk menghidupi isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala hewan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH SWT di mukabumi ini, dan matinya jika karena melahirkan adalah syahid kecil. Adapun dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya,
2. isterinya,
3. anak perempuannya,
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :
1. suaminya,
2.ayahnya,
3. anak lelakinya,
4. saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja yaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu,
2. puasa di bulan Ramadhan,
3. taat kepada suaminya,
4. menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH SWT akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Masya ALLAH sayangnya ALLAH SWT pada wanita!

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah SWT, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin. Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya, supaya kelak dapat pulang mengahadap Allah swt dalam keadaan istimewa di sisiNYA.

Sumber: islam2u

Posted in: Kajian Islami